Thursday, May 4, 2017

~ Resipi Bihun Tom Yam Makanan Laut...

Sheery Dream Cakes | 12:38 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Bihun, MihunMi hoonMee Hoon, atau Bee Hoon, itulah panggilan yang biasanya kita dengar.. Walau apa juga pun sebutannya, ia merupakan 1 jenis makanan yang sama. Bihun merupakan sejenis mee yang diperbuat dari tepung beras. Ia berbentuk nipis , panjang dan mempunyai texture yang kenyal. Bihun boleh dimasak secara kering ataupun basah. Ada yang suka makan bihun goreng dan tidak kurang juga yang suka ianya dicampur di dalam kuah atau sup. 

Diana sendiri lebih suka makan bihun tom yam berbanding bihun goreng. Anda pula bagaimana? Apa-apa pun, mari kita semak resipi bihun tom yam makanan laut di bawah ya.


BIHUN TOM YAM MAKANAN LAUT

Bahan-Bahan A
  • 4 bungkus ( 40 gm setiap bungkusan ) Perencah Tom Yam Kung Adabi
  • Udang _ kupas kulitnya dan bersihkan ( ambil kepalanya untuk kegunaan nanti )
  • Sotong _ dipotong ikut suka dan bersihkan
  • 4 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dipotong dadu kecil
  • Cili padi Siam ( bubuh ikut citara masing-masing )
  • 2 batang serai _ dititik
  • 1 inci lengkuas _ diketuk dan cincang
  • 6 helai daun limau purut _ dicarik-carik
  • 2 biji buah tomato _ dipotong 8
  • 4 keping tauhu putih _ dipotong kecil
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin cendawan butang _ toskan dan dihiris nipis
  • Jus limau nipis secukup rasa
  • Daun ketumbar _ dihiris
  • Sos ikan secukup rasa
  • Garam jika perlu
  • Gula
  • 6 cawan air ( boleh ditambah mengikut citarasa masing-masing )

Bahan-Bahan Sampingan
  • Bihun _ dicelur dan toskan 
  • Limau kasturi
  • Hirisan daun ketumbar
  • Fillet ikan _ dipotong ikut suka dan campurkan dengan lada hitam kisar, lada putih kisar, garam, kuning telur, tepung ubi kayu dan tepung jagung ( nisbah tepung 1:1 ). Perap 10 minit dan kemudian goreng hingga masak kekuningan. Ketepikan.

Cara-Cara
  1. Masukkan air, serai, bawang putih, bawang besar,daun limau purut, perencah tom yam, jus limau nipis, cili padi siam dan hirisan daun ketumbar ke dalam periuk yang sesuai. Masak di atas api sederhana hingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan gula, sos ikan, garam, cendawan butang, sotong, kepala udang dan udang. Gaul rata dan biar sehingga ianya masak.
  3. Masukkan buah tomato dan tauhu putih. Gaul secara lembut agar tauhu tidak hancur.
  4. Tambahkan susu cair dan sesuaikan rasa. Didihkan seketika.
  5. Tutupkan api dan angkat.
  6. Tuangkan ke dalam mangkuk yang telah disusun bihun celur dan fillet ikan goreng.
  7. Taburkan hirisan daun ketumbar dan perahkan jus limau kasturi ketika menghidang.






2 comments:

adda syuhada said... Reply

sedapnyer...

Sheery Dream Cakes said... Reply

Alhamdulillah.. In Shaa Allah sedap.. 😘