Wednesday, March 29, 2017

~ Resipi Ayam Panggang Lada Hitam...

Sheery Dream Cakes | 9:24 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Beberapa hari lepas hujan membasahi bumi Labuan. Pagi kelmarin dan hari ni mentari pagi bersinar lagi. Namun awal pagi tadi sesekali awan mendung berarak kembali menyelubungi sinaran mentari. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bernafas menikmati  kurniaan Allah S.W.T. Syukur di atas segala rezekiNya. 

Baiklah.. Hari ni Diana ingin kongsikan resipi Ayam Panggang Lada Hitam kegemaran kami sekeluarga. Untuk resipi ni Diana lebih suka membuang tulang ayam tu sebelum di perap bersama bahan perapan. Hendak memasak bersama tulangnya pun boleh. Terpulanglah pada citarasa masing-masing. Untuk perapan ayam panggang ni Diana sememangnya suka menggunakan Deli Chef Black Pepper Seasoning Mix.  Resipinya boleh rujuk di bawah ya.


AYAM PANGGANG LADA HITAM

Bahan-Bahan A
  • 4 keping paha ayam _ buangkan tulangnya, dipotong kepada 2 bahagian dan dikelar
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 tbsp Deli Chef Black Pepper Seasoning Mix
  • 1/4 tsp McCormick ginger ground
  • 1 tsp McCormick chicken seasoning
  • 1 tsp 5 spice
  • 2 tsp sos tiram
  • 1 biji limau nipis _ ambil jusnya
  • Gula

Bahan-Bahan B
  • 2 cawan air
  • Deli Chef Black Pepper Seasoning Mix
  • Daun ketumbar _ dihiris
  • Limau nipis 

Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan-bahan A dan gaul rata. Masukkan ayam ke dalam peti ais. Perap selama 4 jam.
  2. Keluarkan ayam dari peti ais dan masukkan ayam ke dalam periuk yang sesuai. Tambahkan air dan kacau rata. Masak di atas api sederhana sehingga ayam masak dan kuahnya kering.
  3. Tutupkan api dan keluarkan ayam tadi. Susun ayam di atas dulang pembakar.
  4. Taburkan Deli Chef Black Pepper Seasoning Mix pada keseluruhan ayam.
  5. Bakar ayam di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C sehingga ayam garing.
  6. Keluarkan ayam dari oven dan taburkan di atasnya dengan hirisan daun ketumbar.
  7. Perahkan jus limau nipis di atas ayam semasa menghidang jika suka.



0 comments: