Monday, January 12, 2015

~ Resipi Popia Basah...

Sheery Dream Cakes | 7:59 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari ini kita bersiaran dengan resipi Popia Basah.. Salah satu kuih kegemaran Diana.. Sebelum ini tidak pernah membuat popia basah ini sendiri.. Hanya beli jika teringin hendak menikmatinya.

Semalam mencuba juga buat sendiri popia basah ini.. Terima kasih buat buat tuan empunya resipi kerana sudi berkongsi resipi ini. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya.. Terima kasih.



:: Resipi Oleh ~  Umie@MyResipi  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Akak Azlita @ Masam Manis  ( TQ )


POPIA BASAH


Bahan-Bahan Untuk Kulit Popia

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 biji putih telur 
  • 3/4 cawan air 
  • 2 sudu makan cuka 
  • secubit garam


Cara-Cara
  • Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan. 
  • Gaulkan ( macam buat cokodo ) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2 jam. 
  • Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper.  
  • Buat dari arah jam. 
  • Mulakan dari tepi dulu. 
  • Kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan. 
  • Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar.
  • Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan.
  • Boleh disusun berlapis-lapis ia tak melekat.

NOTE ~ Cara-cara untuk buat kulit popia boleh rujuk di My Resepi .


Bahan untuk inti
  • 1/2 biji kobis - diricik halus _ Diana tukar kepada kacang panjang + sengkuang
  • 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus 
  • 1 biji sederhana bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu makan udang kering 
  • Garam secukupnya 
  • Minyak untuk menumis 

Cara-Cara
  • Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
  • Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi.
  • Kemudian tambahkan sos tiram  dan secubit garam.
  • Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal
  • 15 tangkai cili kering 
  • 1 biji bawang besar 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 sudu besar gula perang - ita guna gula melaka
  • 2 sudu besar kicap manis 
  • Minyak untuk menumis 
  • Garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • Kacang kisar - jika suka 

Cara-Cara

  1. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing.
  3. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. 


Cara Penyediaan Popia Basah
  1. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal. 
  2. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng .
  3. Lipat macam biasa dan gulung. 
  4. Sedia untuk dimakan
  5. Sebenarnya cara penyediaan popia bergantung pada citarasa.
  6. Jika nak letak sambal dulu pun boleh dan nak curah atas popia kemudian pon boleh.
  7. Ikut selera masing-masing.





0 comments: